Pages

Monday, February 13, 2017

I am adjusting my life...

Tak pernah sekali pon terlintas untuk satu perpisahan...
Usaha utk kekalkan satu ikatan...
Tapi hakikat perlu ditelan...
Tak selamanya dia dalam genggaman...

Bukan melepaskan tapi membiarkan..
Seperti kata org...
Kalau cinta... biar dia yang pilih jalan..
Aku terima... setiap pilihan

Mudah untuk aku anggap 'dia aku yang punya...'
Bilamana... aku tak punya siapa-siapa
Tapi dia.. lain pula cerita
Mungkin aku bukan satu-satunya...

Maafkan aku...
Kerana punya sikap sebegitu rupa...
Sentiasa mengongkong dan buat seperti 'kau aku yang punya'
Aku manusia baru nk belajar bercinta..
Sebab tak pernah sekali pun aku punya perasan sebegitu rupa..

Aku harap... tulisan ini difahami sewajarnya...
Kerana aku rasa bnyk salah faham antara kita...
Yang tidak tahan itu tidak pernah ada...
Namun aku terima jika kau yang tidak lagi sanggup bertahan...
Kerana aku tahu... sikap aku jelik dan membingungkan
Tak ramai yang mampu bertahan lama...

Aku sedang belajar untuk tidak memaksa...
Belajar untuk membiarkan dia bebas melata...
Belajar untuk mencari kebahagian dalam diri sendiri...
Tak sentiasa mengharapkan dia sentiasa di sisi...
Belajar untuk mematangkan diri sendiri..
Tak bertindak bodoh seperti kanak-kanak yang gula-gulanya dicuri...
Belajar menenangkan diri sendiri...
Tidak dikawal dengan emosi sendiri..

Aku manusia baru belajar...
Maafkan aku atas sikap bodoh yang pernah terpapar...
Tak mungkin aku melepaskan engkau...
Cuma memberi ruang agar kau boleh bernafas segar...

Maafkan aku atas segala sikap aku...
Tak perlu risau aku sentiasa sayang kau...
Semoga ikatan sampai kehujung usia..
Kalau kau pon mahu seperti itu juga...

Maafkan jugak untuk tuduhan 'tidak kesah'
Aku masih belajar cara manusia menunjukkan 'kesah' mereka...
Mungkin jugak emosi kanak-kanak masih beraja...

#manusiabodohmanusiabelajar

Tak boleh tdoq... nyamuk dok kacau~~

0 comments :