Assalamualaikum...
Angan...
Satu pengharapan..
biarlah meski usahaku tak sebesar mana
Angan itu menarik aku dari realiti..
Tapi..
Jangan terus hidup dalam angan
Kerana akhirnya realiti juga yang wajib dihadap
Aku berangan..
Mengharap yang bukan-bukan..
Kerana aku tahu..
Tuhan aku bisa mengaturkan apa sahaja..
Dia punya kuasa maha hebat..
Namun..
Aku juga akur...
Jika tuhanku tidak mahu memperkenan..
Satu hari... tuhan aku bagitahu... bahawa jika terdetik di hati kita untuk berdoa... untuk meminta... itu tandanya Dia mahu memperkenankan permintaan itu... jadi aku pon doa... aku pon minta... lalu Dia beri jalannya... tapi aku jadi takut...aku takut... dan aku lari...mungkin jalan yang Dia beri aku tak jangka... mungkin jalan yang Dia beri aku tak suka... jadi aku lari... salahkah aku??
Dan kini... aku sekali lagi meminta
Derhakakah aku??
Aku jadi tak tahu dengan apa yang aku mahu...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment