Pages

Thursday, August 20, 2015

A big question mark '?'

Assalamualaikum...

Hari ni kt sekolah ada majlis temu mesra waris dan aku salah seorang cikgu yang pegang kelas tahun ni perlu bertemu mesra dengan waris pelajar2 aku. Asalnya aku tak pegang kelas.. tapi bila ada guru yang berhenti aku kena ganti tempat dia. Aku dapat kelas tingkatan 5 B ... kelas tingkatan 5 yang last...

Masa mula2 dpt berita jadi guru kelas 5B, aku dah risau.. sbb aku tak berapa bekenan dengan perangai sebahagian pelajar kelas tu (jgn tiru aksi ini)...

Harini aku dapat jumpa mak ayah pelajar-pelajar yang aku tak bekenan ni... tapi tak ramai pon yang mai...mak ayah budak yang otai buaih tak mai pon...

Tak dak komen yang aku bleh bagi dekat mak ayah depa...
Pelajar tak minat belajar... susah nak buat depa minat
Pelajar yang ada masalah untuk faham... susah nak buat depa faham.. terang dalam bahasa simple pon masih xbleh paham

Yaa.. susah...kita tak kan dapat semuanya senang dalam hidup nii....

A big quesion mark utk aku harini...
Macam mana nak didik pelajar-pelajar yang bermasalah??
Kalau tegas sangat pon tak berkesan.. lembut sangat pon tak berkesan...

Dan kadang-kadang kita susah nak suka sesuatu yang kita tak suka..
Macam mana nak suka pelajar yang kurang ajaq???

Jadi cikgu bukan senang.. bukan setakat masuk kelas dan mengajar... tapi kena jadi contoh... kena jaga hati-hati pelajar..
Sebagai yang bergelar cikgu dan lebih tua... tak patut kalau berlagak seperti orang yang tak matang... kena pandai buat pelajar suka masuk kelas... suka belajar.. suka sekolah... suka cari ilmu... dan kerja nii susah

Mak ayah harapkan sekolah dan guru-guru untuk jadikan anak-anak depa manusia... ini kerja susah

Memanusiakan manusia...... susah

HOW????????



0 comments :