Pages

Saturday, February 15, 2014

siapa aku?


hamba..
itulah aku di dunia ini
sekadar hamba

aku punya Tuan
Tuan aku maha hebat
aku tahu itu
tapi sering kali aku lupa akan kehebatanNya
sering kali aku mengikut hasutan musuhNya
aku tak mahu menjadikan musuh Tuan aku itu sebagai kawanku
tapi mengapa senang sekali aku mengikutnya?

Tuanku Maha Pengasih, Maha Pengampun
ampunkan aku

aku takut dengan perasaan 'okey' selepas melakukan sesuatu yang salah
aku takut aku berterusan hidup dengan berbuat salah
aku takut aku mati ketika aku berbuat salah
tapi takut itu tak sentiasa ada dalam hati aku
sering kali aku mengabaikan takutku

bagaimana mahu jadi hambaMu yang sempurna?
bagaimana mahu jadi hambaMu yang Engkau redhoi?

"TINGGALKAN YANG MUNGKAR"

senang diungkap
senang didengar
tapi mengapa susah untuk dibuat?

hamba yang memerlukan pertolongan
hamba yang perlu sentiasa diingatkan
tolong aku ya Tuhanku
ingatkan aku ya Tuhanku

0 comments :