Pages

Saturday, May 18, 2013

tiga hari

Assalamualaikum

 George Stratton , seorang ahli sains telah buat experiment dimana dia telah memakai cermin mata yang membuatkan dia melihat sekelilingnya secara terbalik. untuk tiga hari pertama dia mengalami kesusahan untuk bergerak secara normal kerana penglihatan dia terbalik. tetapi pada hari keempat, dia dapat bergerak secara normal kecuali pada ketika dia menumpukan perhatian pada sesuatu objek, dia akan kembali sedar bahawa penglihatannya terbalik.


aku tak sure sangat lah pasal hal ni, beberapa hari lepas aku tengok cerita bones season 6 episode 9 dan perkara ni telah dibangkitkan. sangat menarik pada pendapat aku.

sememangnya suatu imej terbalik akan terfokus kepada retina dan seterusnya mencetuskan impuls saraf.Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk ditafsirkan. Imej ditafsirkan sebagai tegak.

jadi disini membuktikan bahawa otak dan pancaindera kita bekerjasama. penglihatan kita boleh diubah namun otak kita akan membetulkan perubahan itu supaya menjadi normal. ini adalah konsep penyesuaian persepsi (Perceptual adaptation)

aku bukan nak jadi scientist kat sini tapi sangat menarik bila tengok watak-watak genius kat dalam drama macam Dr Brennen dalam cerita bones dan Dr Reid dalam criminal minds. itulah sebabnya aku suka cerita-cerita macam tu. bukan saja pasal penyiasatan tapi jugak beri banyak fakta menarik. ^___^


kesimpulannya disini adalah:

bilamana kita merasakan suatu perkara yang baru atau suatu perubahan dalam hidup kita, dan kita merasakan ia sangat susah untuk kita hadapi, beri masa sekurang-kurangnya 3 hari kepada otak kita untuk menyesuaikan diri. insya Allah kita akan dapat menerima perubahan itu dan hidup secara normal kembali.

0 comments :