Pages

Tuesday, August 7, 2012

maaf

assalamualaikum...


maaf..
banyak perkara yang tidak aku banggakan telah aku lakukan. banyak perkara yang menguriskan telah aku lakukan. kadang aku gunakan hak untuk berkata atas jalan yang menyakitkan 0rang lain. kata-kata aku banyak yang tidak ditapis. kata-kata dan perbuatan aku yang mengundang perasaan tidak senang pada hati-hati yang melihat dan mendengar.
maaf..

pernah dulu aku katakan aku tidak akan memaafkan se0rang wanita yang aku tidak kenali atas kebiadaban dia. tapi kini aku sedar, mulia sangatkah kita sehingga kita tidak mahu memaafkan dan mahu melihat dia dihukum, sedangkan semua yang berlaku itu atas kehendak Allah dan ia sebenarnya satu ujian untuk kita. entahkan nanti kita sendiri yang akan dihukum atas sebab gagal dalam ujian yang diberikan itu.

dengan itu aku akan berusaha untuk memaafkan dan dengan itu juga aku ingin meminta maaf


*********************************************************************************

lagaknya seperti sibuk dengan hidup dan kerjayanya, hinggakan tidak menghiraukan bl0g yang menjadi tempat diluahkan segalanya. tetapi dia masih mengganggur, atas alasan mahu men0l0ng kakaknya, menjaga anak menakan bernama sumayyah yang baru masuk 5 bulan.

banyak cerita yang ditapis sampai akhirnya tiada apa cerita yang tinggal. sudah tawar hati untuk bercerita atas sebab kurangnya m0tivasi diri. sebanyak mana dia menyatakan yang dia serba kurang, tiada apa untuk disumbangkan, sebanyak itu juga dia mengingatkan diri bahawa tiada apa yang sia-sia, Allah mencipta semua makhluknya untuk berfungsi. dia sedar tiada siapa yang mampu mem0tivasikan dirinya selain dirinya sendiri.


2 comments :

sufrina said...

Sha!! awat post ni sedeh... hang masih gune no lame ke? huhuhu rindu weyhhh

bahiyah al-qudri said...

hehe... kadang-kadang kena sedih jugak
n0 lama cuma jarang 0n, beteri cepat sgt habeh..kna beli handset baru nih!!