tahu lagu ni??
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
(berdua bersatu- forteen)
walaupun lagu nih matluthfi tak suka tapi aku rasa apa yang lagu ni sampikan ada betulnya
kita selalu nak yang senang-senang saja. tapi kalau semuanya senang, dimana cantiknya hidup kita
merungut atas perkara kecil sedangkn orang lain ditimpa kesusahan yang lebih lagi
ganjaran yang besar semestinya sama nilainya dengan usaha
antara batu dan permata yang mana lebih bernilai?
yang mana susah didapati?
bila doa kita tak dimakbulkan
apa perasaan?
bila melihat orang lain yang kurang usahanya dapat lebih ganjaran
apa perasaan?
tanya diri
apa matlamat hidup?
mahukan kasih Allah?
mahukan Rahmat Allah?
mahukan Redho Allah?
terimalah segalanya dengan tenang
terima walaupun sukar sekali untuk diterima
doa itu adalah satu petanda kita perlukan Allah
berdoa untuk tunjukkan kita perlukan Allah
bukan tempat untuk hanya meminta
dan bila tak ditunaikan, marah!
senang itu tenang menerima dan memberi
p/s 16 december 2011... Wan Aisyah Rauhah lahir.. anak menakan yang terbaru... tunggu seorang lagi anak menakan bakal lahir... tunggu mak tam balik hujung bulan 2 ok?
0 comments :
Post a Comment