Pages

Tuesday, May 3, 2011

aku tak suka orang _________, jadi aku __________

assalamualaikum...

1) aku tak suka orang yang suka komplen:
kalau sekali ok lagi, tapi kalau banyak kali..........
kalau setakat nak meluahkan ok lagi, tapi kalau lebih-lebih ...........

2) aku tak suka orang yang cerewet:
cerewet dan perfectionist adalah benda yang berlainan. aku respect orang yang perfectionist sebab dia sentiasa inginkan yang terbaik. tapi cerewet lebih menjurus kepada yang inginkan semuanya seperti apa yang diorang nak. tak terima pendapat orang lain.

3) aku tak suka orang yang tak respect orang lain
terutama sekali guru.contoh: bersembang dalam kelas atau dalam forum. aku pernah duduk depan budak lelaki yang asyik bersembang dari awal kelas sampai habis. bukan takat bersembang, malah ada ayat-ayat yang memperli lecturer. habis kelas aku terus jeling belakang tengok siapakah gerangan lelaki tersebut. dan aku terus reject dia!! (mcm la dia nak kt aku kan).

walaupun aku tak suka orang-orang yang seperti diatas, tak bermaksud aku benci diorang... mesti ada yang baik tentang diorang. bukanlah bermaksud nak manyatakan yang orang-orang seperti diatas adalah seburuk-buruk orang di mata aku. cuma tak suka perangai yang macam tuh. sedar diri jugak aku pun banyak perangai buruk

list diatas sebetolnya bukan list ciri-ciri orang yang aku tak suka... tapi lebih kepada list perkara-perkara yang aku tak patut buat.

memandangkan aku tak suka perangai-perangai diatas... jadi aku patut pastikan aku sendiri tak buat perangai-perangai seperti diatas

jadi ini sebetulnya lebih kepada peringatan untuk aku

lengkapkan tajuk diatas:
aku tak suka orang yang seperti list diatas, jadi aku patut make sure yang aku sendiri tak buat perangai seperti list diatas




I don't want to be anybody else but me
even I look stupid and ugly 
I want people around me to accept the real me

p/s 
apart of me want the explanation
but the other, thought that i should let it be the way it should be

0 comments :