assalamulaikum...
ketika Sahal bin Abdullah ditanya kaumnya:
"bagaimanakah sebenarnya watak manusia yang ibadah solatnya benar-benar mampu menegakkan sendi-sendi keimanan dan keislamannya?"
Sahal menjawab:
" bajunya berupa khusyuk,perhiasannya berupa rendah hati, kalungnya berupa rasa gerun kepada Allah. bicaranya pula berupa zikrullah atau amar ma'ruf nahi munkar. diamnya untuk berfikir tanda kekuasaan Allah dan nikmatNya. tidak bosan memberi nasihat kepada sesama insan untuk teguh berada di jalan Allah. selalu merahsiakan ibadah dan ubudiyahnya. istiqomah menjaga jarak hati dari kemaruk cintakan dunia. matlamat hidupnya hanya terarah kepada akhirat dan selalu berusaha untuk pelaburan akhirat.semua yang dikerjakan diniatkan semata-mata kerana Allah."
pada kesempatan lain Sahal bin Abdullah berkata kepada kaumnya,
" wahai sekalian manusia, mahukah kalian aku khabarkan manusia yang terbaik di antara kalian?"
mereka menjawab:
"tentulah kami mahu."
Sahal berkata:
"mereka ialah manusia yang:
- apabila tidak tidur, banyak berzikir kepada Allah.
- jika berbicara, dia menyuarakan ketinggian dan kemuliaan Islam.
- jika memberi nasihat, dia memotivasikan orang di sekelilingnya menajamkan mata hati dan fikir.
- mereka selalu berkata jujur dan benar, bersikap santun, tidak mengotori tindakan untuk kepentingan dunia.
- dia berkerja bukan untuk kekuasaan mahupun populariti.
- dia rajin mengisi diri dengan ilmu, mengikuti jejak kebaikan para salafussoleh terdahulu.
- dia teguh memegang ajaran al-Quran dan sunnah nabiNya.
- khusyuk adalah pakaiannya, wirid adalah perhiasannya, rasa takut kepada Allah adalah kalungnya.
- bicaranya kaya dengan zikir dan diamnya untuk berfikir.
- tidak jemu memberi pandangan kebaikan kepada orang.
- dia membuang jauh-jauh sifat buruknya. aib dan kelemahan manusia dikuburkan dalam-dalam.
- dia gemar berkumpul dengan orang-orang yang zuhud. dia mendambakan keuntungan akhirat jauh lebih banyak daripada laba dunia."
"perkara pertama yang hilang daripada sikap beragama kita adalah khusyuk. dan sesuatu yang paling akhir akan hilang dalam agama kita adalah solat. dalam dunia ini banyak orang yang solat, tetapi tidak mendapatkan kebaikan dari solatnya. dan kelak di akhir zaman banyak orang yang solat berjemaah di masjid, tetapi tidak nampak dalam diri mereka tanda-tanda kekhusyukan."
(hadis riwayat Tarmizi dan Musannaf Ibni Abi Syaibah: 11)
menyukat solat diri, Misbah Em Majidy
p/s pada aku solat yang tidak khusyuk itu adalah lebih baik dari tidak solat langsung namun perlu sentiasa ada penambahbaikan, kalau sentiasa di takuk lama, tak ada guna juga.
p/s orang yang mengaku Islam tapi tidak mengamalkan Islam semakin bertambah. semoga kita tak tergolong dalam golongan itu.
p/s semalam join forum the miracles of number... walaupun terlambat sbb terlupa tapi still pi jugak, tambah2 ada dr waleed, so tak kesah lah walaupun kena duduk kat tangga.
graf bil ayat dalam surah vs no surah menghasilkan image diatas (mengikut sequence)
katanya perkara ni ada dalam buku mestika, aku dah lama tak baca mestika
*aku baru taw*
the conclusion of the forum: see mathematics as one of the knowledge that can increase our iman, not just numbers and formula. and don't ever hate this kind of knowledge!
*numbers will remain mystery...wuuuuwuuuu*
p/s esok sepupu kawen.. dua pasangan serentak... as always aku tak dapat join kenduri... kak ti balik petang ni dan balik sini balik hari selasa... separuh hati nak ikut balik n ponteng klas hari isnin dan selasa... haha! itu sudah melampau!.. plus ada research paper yang perlu disiapkan dan sejarah membuktikan bahawa kerja takkan berjalan klu balik rumah.... frust!
0 comments :
Post a Comment