Pages

Saturday, February 12, 2011

sebut biar betul

assalamualaikum..

cerita dari adik bongsu aku:

adik aku baru masuk uitm, ada seorang roomate dia ni ada masalah sikit.. dia ada gangguan syaitonirajimmm... satu hari tu mak roomate dia ni bagitaw kat adik aku dan roomate dia yang lain, mintak diorang tengok-tengokkan anak dia tu  malam tu sebab diorang nak buat bacaan yassin kat anak dia ni malam tu... dan selalunya kalau diorang buat proses perubatan ni anak dia tu akan meracau-racau lah...

proses perubatan tu diorang buat kat rumah dan anak dia ni pulak kat kampus.. so, mak dia mintak adik aku dan roomates dia yang lain untuk tengok-tengok kan... kalau ada masalah mak dia suruh bagi air yasin...

malam pun menjelma.....

mula-mula tak ada apa-apa... adik aku menanti dengan suspen...

kalau tak silap.. roomate dia yang lain tak ada kat bilik time tu...

setelah beberapa ketika... adik aku yang khusyuk study (adik study???... kurang kepercayaan sikit kat situ)...

tiba-tiba dia dengar bunyi seperti harimau berderam.... dia kalih tengok roomate dia tu dah bertukar harimau... not physically  laa... tapi seolah-olah harimau laa... dia berderam seperti harimau ... (betulkah penggunaan perkataan berderam ni?? mcam cucur meneram pulak)

dengan berhati-hati adik aku keluar dari bilik dan report kat AJK kolej.... seterusnya beramai-ramai la diorang mengintai-intai budak tu.. tapi tak berani masuk...

roomate adik aku ni seperti separuh-separuh taw... separuh dari diri dia yang bukan harimau mintak diorang amikkan air yasin dan bagi dia minum..... nasib baik ada yang berani bagi dia minum air yasin tu... selepas tu dia pun pulih...

senaqnya aku kagum gak la dengan adik aku ni... berani jugak la dia... semoga dia dapat lagi pengalaman2 yang seumpama itu..=)

*************************************************************

ok itu cerita sampingan...

kawan adik aku ni ada cerita kat dia... jin dalam badan dia tu tak takut kat orang yang sebarangan

kalau ada yang baca ayat kursi kat dia tapi bacaan tak berapa nak betul dia just gelak-gelak saja.... tapi kalau adik dia bacakan dia jadi marah... adik dia ni sekolah tahfiz, so pandai la baca

kesimpulannya kat sini ialah.... jaga-jaga dengan bacaan kita.... sebut kena betul, tajwid pun kena betul... kalau dah syaitonirojimm pun boleh perlekehkan bacaan kita, macam mana pulak Allah nak terima bacaan kita tu kan...

*****************************************************************
kadang-kadang sebut salam pun tak betul... sebab dah selalu dok bagi salam jadi kita terdorong untuk mengshortformkan salam tu... jadi la semekom, saikum... kum 

Rasulullah saw bersabda:

" kamu tidak akan dapat masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi tidak menjalinkan kasih sayang sesama kamu. mahukah kamu aku ajarkan satu perkara yang sekiranya kamu lakukan , akan dapat menjalinkan kasih sayang sesama kamu? sebarkanlah ucapan salam antara kamu"

riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

jadi jaga-jaga lah dalam sebutan salam

p/s one more thing... adalah SALAH untuk MENULIS dan MEMBACA ayat aAL-QURAN yang ditulis dalam RUMI..... kalau perasan ada saja buku-buku yang tulis ayat al-quran dalam rumi, jadi seelok-eloknya takyah la baca yang rumi tu.....  bacaan tambahan 

p/s ada seorang penceramah ckap " orang utara sebut betul pun tak betul"......betoi3!

0 comments :