Negeri 5 Menara, A. Fuadi
berkisar tentang Alif yang menyambung pelajarannya di Pondok Madani. menceritakan segala kisah suka duka Alif di Pondok Madani yang mana system pendidikannya sangat-sangat menarik. (aku tak taw pasal system pendidikan pondok tapi system pendidikan di Pondok Madani sangat menarik). novel ni inspirasi daripada kisah nyata, jadi aku anggap system pendidikan ini memang wujud dan aku kagum.
ada apa dengan novel negeri 5 menara:
1) Man Jadda Wajada
kata-kata yang sangat memainkan peranan dalam novel ni. kerahkan semua kemampuan sebelum tawakal
2) percubaan yang lengkap
" seorang bapa pelajar pernah memberi nasihat kepada anaknya yang sekolah di pondok madani(PM): anakku, kalau tidak tahan tinggal di PM selama sebulan, cubalah tiga bulan, dan cubalah satu tahun. kalau tidak tahan satu tahun, cubalah tiga atau empat tahun. kalau sampai enam tahun tidak juga mampu bertahan dan sudah tamat, bolehlah pulang untuk berjuang di masyarakat"
(petikan dari novel negeri 5 menara)
maksud, sentiasa teruskan mencuba walau terasa begitu payah. sedikit demi sedikit sampai sempurna semuanya. siapa tahu percubaan kita selepas itu membuahkan hasil.
3) pelajar di PM hanya dibenarkan bercakap dalam bahasa english atau arab. pelajar baru diberi masa 3 bulan untuk berlatih. selepas 3 bulan masih bercakap dalam bahasa indonesia, mereka akan dihukum
aku sangat-sangat tidak suka bahasa english. tapi melihatkan situasi di PM aku tahu aku tak patut membenci bahasa english. aku tak sangka sekolah pondok pun mementingkan bahasa english. (diulang: novel ini inspirasi dari kisah nyata. jadi aku anggap situasi itu memang wujud)
4) ikhlas
" kami ikhlas mendidik kalian dan kalian ikhlaskan pula nit mahu dididik"
"inti hidup itu adalah kombinasi niat ikhlas, kerja keras, doa dan tawakal"
"ikhlaskan semuanya, sehingga tidak ada kepentingan apa-apa selain ibadah, jika tidak ada kepentingan, sepatutnya kita tidak tegang dan panik"
(petikan dari novel negeri 5 menara)
banyak yang aku kagum tentang system pendidikan di PM, system 'jasus' yang sangat menitik beratkan disiplin pelajar, system pidato yang menerapkan ciri-ciri pemimpin dalam diri pelajar dan menaikkan keyakinan diri dikalayak ramai, system ketua yang mengajar tiap-tiap pelajar untuk menjadi ketua, dari sekecil-kecil ketua sampai yang besar.
banyak yang boleh dicedok dari novel ni tapi nak ceritakan semua tak adillah kepada penulisnya A. Fuadi. patut baca sendiri dan alami sendiri pengalaman di pondok Madani. aku sangat-sangat mengesyorkan semua orang baca buku ni. kalah buku ayat-ayat cinta dan ketika cinta bertasbih, buku ni lebih special dan lebih bermanfaat ~ pendapat aku
seperti kata-kata dari Ahmad Fedtri Yahya:
" Terasa Pondok Madani begitu dekat di hati. begitu banyak frasa dan mutiara ilmu yang dikutip"
******************************************************************
aku sedar aku akan berpisah dengan novel ni. aku ingat perjanjian system barter dengan safi. dan ditegaskan disini aku tak menyesal untuk buat pertukaran dengan safi. kalau nak bagi hadiah kat orang kita kena bagi barang yang terbaik dan yang kita sayang. itu lebih bermakna.
novel ni trilogi so ada lagi sambungannya dan 23/01/11 buku kedua trilogi ini, Ranah 3 Warna bakal diedarkan tapi kat indonesia saja kot, entah bila sampai malaysia aku pun tak taw, tunggu saja la..
khamis lepas pergi pc fair tapi bukan nak beli barang-barang yang berteknologi itu tapi nak tengok-tengok buku dan aku jumpa buku negeri 5 menara, dan beberapa minit aku just berdiri kat situ fikir sama ada nak beli lagi satu atau tak since buku yang ada sekarang nak tukar dengan safi.dan keinginan mengumpul ketiga-tiga novel trilogi ini makin buat aku nak beli. tapi bila difikir-fikir balik, tak payah lah, bak kata safi 'kenangan'. kadang-kadang bila benda tu dah tak ada depan mata kita akan lagi ingat.
rasanya bila terbit ketiga-tiga novel trilogi ni dan aku berjaya kumpul dua lagi sambungan novel ni, aku akan teringatkan safi yang pegang buku pertama trilogi ni. kenangan....hehe...pengumpulan trilogi novel ini akan lengkap dengan kenangan dengan safi... haha!... jiwangkah aku??
************************************************************
tentang ikhlas:
seorang kawan di plkn pernah minta pendapat aku tentang pakaian dia. time tu ada malam kebudayaan.. ktorang semua pakai baju kurung. kawan aku ni hitam manis dan dia pakai baju warna gelap. dia tanya aku ok tak baju yang dia pakai... katanya warna baju tu tak sesuai dengan warna kulit dia. aku cakap 'ok! cantik' sbb aku tak pandai nak matchkan baju dengan warna kulit tapi still aku rasa baju tu ok dengan dia. dia balas 'ikhlas ka ni?'.. then aku cakap 'ikhlas'... dia balas balik ' orang yang ikhlas tak kan cakap dia ikhlas'... dan aku terus terdiam...
adakah aku perlu cakap aku tak iklas sedangkan aku yakin aku memang iklas... dan adakah dengan menyatakan tidak ikhlas aku sebenarnya ikhlas?
senaqnya aku risau kalau safi anggap aku tak ikhlas buat pertukaran barter bila aku post entri ni. aku buat entri ini untuk take note point2 penting yang aku dapat dari novel ni. dan ditegaskan, aku tak menyesal langsung buat system barter, aku lagi suka kongsi buku ni dan create kenangan
p/s adakah aku risau tak bertempat?

0 comments :
Post a Comment