" jangan meniggalkan zikir kerana engkau belum selalu ingat kepada ALLAH semasa berzikir. ini kerana kelalaianmu kepada ALLAH ketika tidak berzikir adalah lebih bahaya daripada kelalaianmu kepada ALLAH ketika ketika kamu berzikir"
(Syeikh Ibnu Athoi'illah asy-Syakandary- al-Hikam, 1984)
" setiap doa dimakbulkan Tuhan, tetapi dengan satu syarat, hamba ALLAH itu perlu taat dan patuh pada perintahNya. ada tiga peringkat pengabulan doa. pertama, doa para hamba terus dikabulkan Allah. kedua, dikabulkan tapi di tunda hingga ke masa tertentu. ketiga, dikabulkan di akhirat, bermakna ini adalah doa yang tertinggi."
" ini bermakna doa yang terus dikabulkan adalah doa pada paling peringkat paling rendah. Subhanallah..."
(Muhammad Hasan Al-Basri- rahsia air mata khusyuk)
berdoa itu perlu untuk menunjukkan bahawa kita bergantung kepada ALLAH..tapi seeloknya tidak perlu kita berharap sangat2 dan jika doa kita tak dimakbulkan, redho adalah seelok-eloknya.
itu la serba sedikit... aku pun baca tak habis lagi.. asyik tengok movie saja... aduhai kamu ni bahiyah..lagho!
daripada kita dok buat benda2 lagho ni baik baca buku yang berfaedah... teringat lak abang aku yang mengecam keras kitorang daripada tengok tv sebab lagho..dia siap ambil tv tu n buang entah kat mana. dah la time tu raya.. balik daripada keliling kampung tengok2 tv dah hilang.. tv antik pulak tu.. siap kena tepuk2 untuk dapat line..(aku la yang selalu tepuk..heh)
sekarang dah beli tv baru.. sebelum ni tengok tv secara sembunyi-sembunyi skrang dah tak dah... tapi yang lawaknya.. (bagi aku lawak la jugak)... satu malam tu... time tu aku baru sampai kedah dari kl.. naik bas petang so sampai dalam 2 3 pagi... masuk2 rumah... tengok semua dah tidoq tapi abang aku tu dok kat depan tv tengah tengok bola... time world cup...tapi aku ingat dia dah tahajjud dulu kot sebelum tengok... ala... selagi dia tak abaikan tanggungjawab dia ok la tu!.. tak salahkan dia pun... tapi klu bab bola memang tv dibenarkan... sekarang tiap kali dia datang rumah, kitorng akan bukak channel ilmiah...hehe... even time anak2 dia datang rumah, tak daknya kitorg nak buka ceria ka, animax o tah hapa2 lagi tu... kitorg bukak animal planet... hehe
p/s banyak pulak membebel mentang2 exam dah habis.. hehe... kepada yang still ada exam tu gud luck.. semoga segala ilmu yang kita dapat diberkati n membantu kita dunia dan akhirat.. amin ya Rabb!
0 comments :
Post a Comment