Pages

Saturday, September 12, 2009

bersabarlah..

barsabarlah bila..
kita bergegas nak menepati jadual yang ditetapkan dimana jadual bas pukul 9 jadi lepas iftar n solat trus siap-siap. tapi..
bila kita sampai n dah siap duduk dalam bas kita kena tungu seorg mamat ni yang xsamapi-sampai. org call pun dia xangkat. bila dah nak dekat kul 10 baru dia sampai. janganlah kita marah dia dengan berkata " weh! ko ingat ni bas bapak ko?? aku pun bayar duit tiket ni la!!"..
jangan.. kita kena sentiasa bersangka baik. maybe dia ada masalah skit tengah jalan tadi.

bersabarlah..
bila kita dah mula berlapang dada n siap anta msg kat family bila bas dah bergerak..tapi..
tak sampai 15minit bergerak bas tu berhenti pulak sebab pemamdu nak beli makanan. tunggu punya tunggu.. bila pemandu dah balik n bawak makanan tu.. dia nak makan dlu plak..janganlah kita tanya" apsal tadi time tunggu mamat yang lambat tu ko tak makan??"
bersanggka baiklah..maybe dia xsempat nak berbuka lagi tadi sebab sibuk menguruskan hal bas..

bersabarlah..
bila kita bangun ntegok jam dah 3.50am dan ketika itu kita baru sampai kat penang. janganlah kita mengeluh " adoi!! baru penang?? bila nak sampai rumah ni.."
ingatlah bahawa " biar lambat asal selamat "

bersabarlah..
bila dah on the way nak sampai alor setar n kita pun dah semangat nak sampai rumah.. tapi..
bas tu berhenti lagi tuk sahur..janganlah kita membebel " berhenti..berhenti..berhenti.. bila nak sampai macam ni.."
ingatlah bahawa.. bersahur itu digalakkan dalam islam n biar lah diorg nak bersahur tu kan perkara baik..

bersabarlah..
kita beria sebab dah sampai kg halaman n kita dah dua kali bagi msg kt orang yang bakal menjemput kita nanti( time kt tol n kt stesen bas) .
tapi...
sekali diorg balas " kamu baru kluaq dari umah".. adoi hai!!! kena tunggu lagi???
sedarlah.. betapa bagusnya ada jugak orang yang nak menjemput. lebih baik dari tersadai seorg diri n kena naik bas ke jitra.

bersabarlah..
bila org yang menjemput kita tu call n cakap kitorg kt belakang ni.. dan bila kita dengan penat n tension pun mencari belakang.. sekali belakang yang dia maksudkan tu dalam pahaman kita adalah hadapan..
ingatlah..bukan kita seorg yang penat.. diorg pun penat jugak kot. nasib baek diorg sudi menjemput.. tq kepada kak pah n amin..

hemmm... malam itu kesabaranku teruji sangat2 sampaikan bila sampai rumah aku tak mampu nak keluarkan satu patah perkataan pun.. selalunya memang banyak cerita kau bila balik rumah...dengan yakinnya aku ingat dapat sahur kat rumah sekali sampai kul 6 lebih daa..
malam itu aku sedar.. betapa hebat pun perancangan aku.. ada perancang yang lebih hebat n maha hebat. aku hanya hamba yang hanya mampu ikut peraturanNYA.
bersyukurlah sebab selamat sampai ke rumah..ALHAMDULILLAH.

1 comments :

Safi ArRahman said...

la...awat jd mcm tu. xpe2...alhmd smpai dgn slmt. sume tu ujian Allah. bi iznillah. ssguhnya Allah myukai org2 yg bsabar (Ali Imran: 134)

hidup ini adalah utk bsyukur,
bsyukur pd org yg myakiti
krn dialah org yg mnabahkn hati,
bsyukur pd org yg myeksa kmu
krn dia yg menguji ksabaran kamu,
bsyukur dgn sgala ujianNya
krn i2 meningkatkn keimanan.

-----insya Allah-----